Majlis Penyerahan Bangunan Baharu SK Pinggan-Pinggan oleh JKR kepada Pihak Sekolah

Pitas, 21 November 2024Pejabat Pendidikan Daerah Pitas (PPD Pitas) telah menerima penyerahan rasmi bangunan baharu SK Pinggan-Pinggan daripada pihak Kontraktor/JKR dalam satu majlis yang berlangsung pada hari ini.

Bangunan baharu ini dijangka akan memberi kemudahan yang lebih selesa dan kondusif kepada murid serta guru dalam usaha memperkasakan sektor pendidikan di daerah Pitas. Penyerahan ini turut melibatkan kehadiran wakil dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), PPD Pitas, serta pihak sekolah.

Dengan siapnya bangunan ini, diharapkan SK Pinggan-Pinggan akan terus berkembang sebagai institusi pendidikan yang lebih baik dan memberikan manfaat kepada komuniti setempat.

Sumber: Pejabat Pendidikan Daerah Pitas

Baca Ini  Lawatan Kerja Meninjau Kerosakan Akibat Bencana Ombak Di Kg. Pinggan-Pinggan, Pitas
scroll to top