Industri Kreatif Sabah: Potensi Besar, Sokongan Masih Lemah

Sabah, 17 Februari 2025 – Kejayaan Mary Grace menjuarai SCOIAM 2025 dan Marsha menggungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) baru-baru ini sekali lagi membuktikan bahawa bakat seni dari Sabah mampu bersaing di peringkat nasional dan antarabangsa. Namun, di sebalik kejayaan ini, realiti yang lebih mendalam tentang industri kreatif Sabah masih perlu diperhalusi.

Bakat Besar, Ekosistem Masih Terbatas

Sabah sememangnya dikenali sebagai “Land of Creative People”, dengan ramai bakat seni dan khazanah budaya yang luar biasa. Namun, ironinya, industri kreatif di Sabah masih jauh ketinggalan berbanding Semenanjung Malaysia dan Sarawak, terutamanya dari segi sokongan, pembiayaan, dan pemasaran.

Menurut kajian Institut Kajian Pembangunan Sabah (2014), kelemahan utama industri ini berpunca daripada tiada dasar yang jelas dan tiada badan khusus yang mengurus serta menyokong industri kreatif sebagai pemacu ekonomi negeri. Kini, 10 tahun telah berlalu, tetapi masalah sama masih berlarutan.

Baca Ini  Isu Rasuah ADUN Sabah: Kenyataan Perdana Menteri dan Tekanan kepada SPRM

Cabaran & Realiti Industri Kreatif Sabah

  1. Kurangnya sokongan infrastruktur dan ekosistem industri
    • Ramai bakat seni Sabah terpaksa berhijrah ke Semenanjung atau luar negara kerana ketiadaan platform dan peluang di negeri sendiri.
  2. Tiada badan khusus yang mengurus industri kreatif secara menyeluruh
    • Tidak seperti di Semenanjung, Sabah masih belum mempunyai institusi yang benar-benar menyokong perkembangan industri kreatif sebagai sektor ekonomi yang signifikan.
  3. Industri kreatif masih diletakkan di bawah sektor pelancongan
    • Berbeza dengan negara-negara maju, di mana industri kreatif menjadi pemacu ekonomi tersendiri, Sabah masih melihatnya sebagai sebahagian daripada pelancongan tanpa pelan khusus untuk memperkasakannya.

Langkah ke Hadapan: Blueprint Baru untuk Industri Kreatif Sabah

Selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya (SMJ), usaha sedang dijalankan untuk membangunkan industri kreatif sebagai pemacu ekonomi negeri, terutamanya di peringkat akar umbi.

Baca Ini  STAR Sabah Tegas Tolak Gabungan Parti Luar, Mahu Kekal Autonomi Politik

Proses membina semula ekosistem industri ini perlu bermula dengan pelan tindakan yang lebih tersusun, termasuk:

  • Pembangunan struktur sokongan yang kukuh bagi penggiat seni Sabah
  • Penyediaan akses kepada pembiayaan dan pelaburan dalam industri kreatif
  • Pembentukan badan khas yang bertanggungjawab dalam pembangunan industri kreatif Sabah

Dengan adanya blueprint baharu yang sedang diusahakan, diharapkan status quo industri kreatif Sabah yang masih suram ini dapat diangkat ke landskap ekonomi yang lebih kukuh dan mampan.

Sumber: Rem Dambul – Facebook

scroll to top