Cassandra Joanna Patrick Wakili Malaysia di Kejohanan Asian U18 Athletics Championship 2025

Pada 23 Februari 2025, diumumkan bahawa Cassandra Joanna Patrick telah terpilih untuk mewakili Malaysia dalam Kejohanan 6th Asian U18 Athletics Championship yang akan berlangsung pada 15 hingga 18 April 2025 di Dammam, Arab Saudi.

Cassandra, seorang atlet muda berbakat dari negeri Sabah, akan membawa cabaran Malaysia dalam acara 100 meter lari berpagar pada kejohanan tersebut. Pemilihannya adalah berdasarkan RQS (Required Qualifying Standard) yang telah ditetapkan, menjadikannya antara atlet muda terbaik yang layak bersaing di pentas Asia.

Kini, Cassandra berlatih di bawah Kelab Rayzam Shah Athletics Club (RSAC) dengan bimbingan penuh daripada Coach Aron Utad yang berpangkalan di Keningau, Sabah. Kejayaan atlet seperti Cassandra bukan sahaja menjadi kebanggaan negeri Sabah, tetapi juga Malaysia secara keseluruhan dalam sukan olahraga.

Baca Ini  Isu Rasuah ADUN Sabah: Kenyataan Perdana Menteri dan Tekanan kepada SPRM

Semoga peluang ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Cassandra untuk mencapai kejayaan yang lebih besar. Diharapkan semangat dan usaha gigihnya akan terus berkembang, menjadikannya ikon sukan olahraga negeri Sabah pada masa hadapan.

Sumber:
Persatuan Olahraga Malaysia, Facebook Post, 23 Februari 2025. Pautan

scroll to top