Haladin Atat Disokong Sahabat Lama, Siap Sedia Galas Cabaran WARISAN di N3 Pitas

PITAS, 24 Ogos – Nama Cikgu Haladin Atat semakin mendapat perhatian menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) apabila beliau disebut sebagai bakal calon Parti WARISAN di kerusi N3 Pitas.

Dalam satu pertemuan santai bersama sahabat lama di sebuah restoran tempatan, Haladin dikelilingi rakan-rakan pendidik dan tokoh masyarakat termasuk Cikgu Masban, Cikgu Lasim Klasik dan Salahuddin Atat (mantan AKP). Kehadiran mereka dilihat sebagai tanda sokongan moral terhadap Haladin yang bakal membawa suara WARISAN di Pitas.

Momen kebersamaan itu menggambarkan bukan sahaja keakraban peribadi, malah keyakinan rakan seperjuangan terhadap kemampuan Haladin untuk mewakili aspirasi masyarakat Pitas. Kehadirannya sebagai calon dilihat mampu memberikan pilihan baharu kepada pengundi dalam menentukan hala tuju pembangunan dan kesejahteraan daerah.

Baca Ini  Lawatan Mesra Datuk Harun Durabi Bersama Penduduk Kampung Kinangoh

Beberapa komen positif turut dilontarkan oleh netizen di media sosial selepas gambar pertemuan itu dikongsi. Antaranya, seorang pengguna menulis “Luar biasa,” manakala yang lain mendoakan kejayaan dengan ucapan “Salam sukses kepada semua rakan dan sahabat lama di Pitas.” Ada juga yang memuji Haladin sebagai seorang yang berkarisma dengan komen, “Tahniah sahsiah teruji.”

Menurut pemerhati politik tempatan, Haladin berpotensi menyerlah kerana beliau dikenali sebagai seorang pendidik yang dekat dengan rakyat, memahami realiti di peringkat akar umbi, dan disegani dalam kalangan masyarakat.

PRN17 bakal menjadi medan penting buat WARISAN untuk mengukuhkan kedudukan di kawasan pedalaman, dan pencalonan Haladin Atat diyakini akan memberi saingan sengit di Pitas.

Baca Ini  STAR Sabah Tegas Tolak Gabungan Parti Luar, Mahu Kekal Autonomi Politik

Sumber: Facebook Normansur Ismail


 

scroll to top