Jelajah Ramadan 2025 kembali dengan edisi ke-13, membawa misi menyemarakkan semangat Ramadan di seluruh negara. Program ini akan berlangsung dari 28 Februari hingga 20 Mac 2025, dengan tema “Seiring Sejalan”, mencerminkan usaha 34 stesen radio RTM dalam menyatukan masyarakat melalui pelbagai aktiviti kebajikan.
Misi Jelajah Ramadan 2025
Skuad Jelajah Ramadan akan menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di 13 negeri, menyasarkan 13 golongan utama. Selama 20 hari, konvoi 20 buah kenderaan akan bergerak melaksanakan misi bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Untuk tahun ini, program ini turut mendapat tajaan utama dari PETRON, serta disokong oleh NESQ, BABA’S, OLIVE HOUSE, PERTUBUHAN PELADANG, dan JASMINE, yang turut serta dalam menyumbang ke arah kejayaan misi ini.
Liputan & Siaran Langsung
- Pelancaran rasmi pada 28 Februari 2025, bertempat di Petron Ulam North, Kota Kinabalu, Sabah dan akan disiarkan menerusi Selamat Pagi Malaysia di TV1.
- Majlis penutup akan berlangsung pada 20 Mac 2025 di Petron Sungai Udang, Melaka.
- Laporan harian Jelajah Ramadan boleh diikuti melalui Selamat Pagi Malaysia dan 34 stesen radio RTM.
Jelajah Ramadan RTM 2025: Meraikan Ramadan dengan Keikhlasan
Dengan semangat “Seiring Sejalan, Segulai Sejalai”, program ini bukan sekadar sebuah perjalanan, tetapi satu misi kebajikan yang menghubungkan masyarakat melalui nilai-nilai Ramadan yang penuh keberkatan.