PENAMPANG, 29 Mac 2025 – Polis mengesahkan bahawa insiden kemalangan jalan raya yang tular di media sosial melibatkan seorang penunggang motosikal dan dua buah kereta di Putatan pada petang Jumaat telah diselesaikan secara baik oleh semua pihak yang terlibat.
Menurut Ketua Polis Daerah Penampang, Supt. Sammy Newton, siasatan awal mendapati penunggang motosikal berusia 19 tahun, warga tempatan, hilang kawalan lalu melanggar sebuah kereta di hadapan.
“Selepas pelanggaran, penunggang tersebut dilihat berlari ke arah sebuah lagi kenderaan di belakang dan menumbuk cermin tingkap sebelah kanan,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, beliau mengesahkan bahawa kesemua pihak telah menyelesaikan perkara ini secara damai, khususnya antara penunggang motosikal dan pemilik Perodua Kenari yang terlibat.