Majlis Penutupan Kejohanan Bola Tampar Tertutup Piala Pengarah Penjara Sandakan

Sandakan, 23 Februari 2025 – Kejohanan Bola Tampar Tertutup Piala Pengarah Penjara Sandakan telah melabuhkan tirainya dengan acara penutupan rasmi yang berlangsung di Dewan PPR Taman Harmoni, Sandakan. Kejohanan ini menyaksikan penyertaan 13 pasukan daripada pelbagai agensi kerajaan dan badan berkaitan di daerah Sandakan dan telah berlangsung selama dua hari sejak 22 Februari 2025.

Majlis penutupan ini telah dirasmikan oleh YB Puan Vivian Wong Shir Yee, Ahli Parlimen P186 Sandakan. Dalam kejohanan ini, PGA Batalion 20 Beluran berjaya muncul juara, diikuti oleh Majlis Perbandaran Sandakan sebagai naib juara, manakala tempat ketiga diraih oleh Penjara Sandakan.

Turut hadir dalam majlis ini ialah PKP Muhammad Khalid bin Muhammad, Pengarah Penjara Sandakan, serta PP Alif Akmal bin Che Hashim, Timbalan Pengarah Penjara Sandakan. Acara penutupan ini turut dihadiri oleh penduduk PPR Taman Harmoni dan berakhir sekitar 1630 hrs.

Baca Ini  Peluang Biasiswa Penuh untuk Atlet ke Korea Selatan melalui Program Dream Together Master (DTM)

Kejohanan ini bukan sahaja bertujuan mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan tetapi juga sebagai inisiatif untuk memupuk semangat kesukanan dan gaya hidup sihat dalam kalangan pegawai serta anggota yang terlibat.

Sumber: Penjara Sandakan – Facebook

scroll to top