Majlis Penyerahan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) di Pitas

Pitas, 7 Disember 2024YB Dato’ Sri (Dr) Ruddy Awah telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penyerahan Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) kepada lima penerima, termasuk tiga keluarga yang merupakan mangsa kebakaran di Kampung Pekan Lama, Pitas.

Dalam ucapan beliau, Ruddy Awah menzahirkan rasa syukur serta penghargaan kepada Kerajaan Negeri Sabah, yang dipimpin oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, atas inisiatif membangunkan projek perumahan mampu milik bagi membantu rakyat mendapatkan tempat tinggal yang lebih selesa dan selamat.

“Program Rumah Mesra SMJ ini adalah bukti komitmen kerajaan dalam memastikan rakyat, khususnya mereka yang terjejas akibat bencana, mempunyai tempat tinggal yang lebih baik. Ini bukan sekadar rumah, tetapi juga simbol keprihatinan kerajaan terhadap kesejahteraan rakyat,” katanya.

Baca Ini  Kampung Mantus Kini Mempunyai Akses Internet Selepas Bertahun Menunggu

Majlis penyerahan ini mencerminkan kejayaan inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam menyediakan penyelesaian perumahan untuk golongan berpendapatan rendah dan mereka yang kehilangan tempat tinggal akibat bencana.

Dengan adanya bantuan seperti ini, diharapkan lebih ramai rakyat Sabah, khususnya di kawasan luar bandar seperti Pitas, dapat memiliki rumah yang lebih selamat dan selesa untuk didiami.

Sumber: Ruddy Awah – Facebook

scroll to top