Peluang Biasiswa Penuh untuk Atlet ke Korea Selatan melalui Program Dream Together Master (DTM)

Atlet dan bekas atlet Malaysia kini berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana dalam Pengurusan Sukan di Seoul National University (SNU), Korea Selatan, melalui program Dream Together Master (DTM) yang menawarkan biasiswa penuh.

Butiran Biasiswa

  • Terbuka kepada atlet dan bekas atlet yang berkelayakan
  • Tempoh pengajian: 17 bulan (Ogos 2025 – Disember 2026)
  • Dibiayai sepenuhnya termasuk tiket penerbangan, yuran pengajian, penginapan, dan sara hidup
  • Tarikh tutup permohonan: 31 Mac 2025
  • Maklumat lanjut & permohonan: dtm.snu.ac.kr

Program ini merupakan peluang keemasan bagi atlet Malaysia untuk memperluaskan pengetahuan dalam bidang pengurusan sukan sambil merasai pengalaman akademik dan budaya di Korea Selatan.

Sumber: Majlis Sukan Negara Malaysia – Facebook

Baca Ini  Sabahan Michael Ford Raih Kejuaraan Super Heavyweight di Arnold Classic
scroll to top