Qaseh Rania Terima Kontrak Tiga Tahun Bersama VfL Wolfsburg

Pemain bola sepak muda kebangsaan, Qaseh Rania, telah mencipta sejarah dengan menerima tawaran kontrak rasmi selama tiga tahun bersama kelab utama Jerman, VfL Wolfsburg. Kejayaan ini hadir selepas Qaseh berjaya melepasi trial selama lima minggu, membuktikan bakatnya di peringkat antarabangsa.

Walaupun baru berusia 15 tahun, Qaseh Rania tidak akan melepaskan peluang ini demi membina masa depan sebagai pemain bola sepak profesional.

“Memang sedih tinggalkan Malaysia tapi ini demi masa depan. Rania tak akan sia-siakan peluang,” kata Qaseh, meluahkan perasaannya terhadap keputusan besar ini.

Pencapaian Qaseh menjadi inspirasi kepada ramai pemain bola sepak muda di Malaysia dan membuktikan bahawa bakat tempatan mampu bersaing di pentas antarabangsa. Kejayaannya di Eropah diharapkan dapat membuka lebih banyak peluang untuk pemain muda Malaysia dalam industri bola sepak profesional.

Baca Ini  Peluang Biasiswa Penuh untuk Atlet ke Korea Selatan melalui Program Dream Together Master (DTM)

Sumber:
Oh! Media, Facebook Post, 27 Februari 2025. Pautan